ANDA DI KEHANDAKI MEMAHAMI SEGALA TERMA DAN SYARAT YANG DI TETAPKAN SEBELUM MEMBUAT SEBARANG PEMBELIAN :
Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan, stok sesuatu barangan itu telah kehabisan, kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin. Kami juga akan mencadangkan pilihan yang ada. Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pembayaran anda akan dipulangkan.
Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk.
Kualiti kertas juga tidak semestinya sama pada setiap masa. Ketebalan, tekstur dan ketepatan warna mungkin berbeza sedikit dengan kertas terdahulu. Hal ini disebabkan oleh masalah teknikal pengilang-pengilang kertas.
Setiap kad yang dikeluarkan oleh Kanda & Dinda Wedding Cards mestilah disertakan dengan logo, alamat laman web dan nombor telefon di belakang kad dan juga di tempat lain mengikut kesesuaian.
Peta lokasi (sekiranya diperlukan) hendaklah dibekalkan oleh anda pada ruang tidak melebihi ukuran A4 dan mengandungi tidak lebih daripada 20 tanda (landmarks) seperti nama jalan, nama bangunan dan seumpamanya. Jika jumlah tanda berkenaan melebihi 20, bayaran tambahan akan dikenakan mengikut kadar yang akan ditentukan dari masa ke semasa (bergantung kepada tahap kesukaran penyediaannya).
Deposit Pertama : (Untuk mula proses tempahan)
Minima RM30 - Jika tempahan 1 pihak / 1 Peta
Minima RM50 - Jika tempahan 2 pihak / 2 Peta
Minima RM30 - Jika tempahan 1 atau 2 pihak tanpa peta
Minima RM50 - Jika tempahan untuk item cenderahati / souvenir
Minima RM50 - Jika tempahan 2 pihak / 2 Peta
Minima RM30 - Jika tempahan 1 atau 2 pihak tanpa peta
Minima RM50 - Jika tempahan untuk item cenderahati / souvenir
No comments:
Post a Comment